Malaysia ada ramuan untuk terajui hab digital Asia Tenggara – Gobind Singh
Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berucap ketika Majlis Perasmian NEXTBIGTECH ASIA 2024, di Connexion@Nexus, Bangsar South, Kuala Lumpur. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Kuala Lumpur: Malaysia komited menjalin kerjasama dengan negara serantau bagi meningkatkan keupayaan digital dalam usaha mencapai sasaran AS$2 trilion (kira-kira RM8.35 trilion) ekonomi digital Asean pada 2030.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, Malaysia perlu sentiasa menjalin hubungan baik serta meneroka pasaran besar Asia Tenggara berikutan potensi Asean yang memiliki lebih 70 juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
“Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) Asean mensasarkan menjana ekonomi digital Asean sehingga AS$2 trilion menjelang 2030.
“Dengan Malaysia akan menjawat jawatan Pengerusi Asean tahun depan, kita berharap dapat bekerjasama rapat dengan negara anggota lain untuk meningkatkan keupayaan digital dan daya tahan serantau kita dalam meningkatkan kecekapan, memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Citation (News Article): Mahaizura, & Malik. Malaysia ada ramuan untuk terajui hab digital Asia Tenggara – Gobind Singh. Harian Metro. Retrieved from mahaizura@hmetro.com.my
Source : Malaysia ada ramuan untuk terajui hab digital Asia Tenggara – Gobind Singh
